Pengawas PSS Print
 
PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
 

Prosedur Pemilihan Pengawas PSS

  1. Bilangan pengawas PSS yang diperlukan ialah 101 orang yang terdiri daripada murid-murid dari tingkatan 2 hingga tingkatan 5.
  2. Bilangan pengawas pelatih ialah sebanyak 21 orang dan masih dalam tempoh percubaan.
  3. Calon pengawas PSS pelatih dicadangkan oleh guru tingkatan atau memohon sendiri jika berminat.
  4. Calon-calon akan ditemuduga dan perlu mengambil ujian kelayakan terlebih dahulu.
  5. Calon-calon yang berjaya akan menjalani kursus orientasi Perkhidmatan PSS.
  6. Majlis perlantikan pengawas PSS akan diadakan secara rasmi pada bulan Julai.

Keistimewaan menjadi Pengawas PSS

  1. Markah Bonus Ko-Kurikulum (7 markah) seperti pengawas sekolah.
  2. Uniform yang kemas
    • Kemeja / Baju Kurung warna putih
    • Seluar  hijau/ Kain biru cyan
  3. T-Shirt PSS yang menarik.
  4. Pengawas dibezakan dari murid-murid lain berdasarkan tanda nama pengawas pusat sumber sekolah.
  5. Boleh meminjam lebih banyak buku dan tempoh meminjam yang panjang.
  6. Kemudahan menggunakan komputer dan mesin laminating.
  7. Pemberian Sijil penghargaan selepas berkhidmat sekurang-kurangnya dua (2) tahun.
  8. Menyertai aktiviti-aktiviti menarik seperti perkhemahan, lawatan dan jamuan tahunan.
  9. Hadiah dan cenderahati kepada Pengawas Cemerlang.