Sabtu, 25 Mei 2013
Anda berada di: Laman Utama Pentadbiran Kata Alu-Aluan Pengetua SMK Seksyen 19, Shah Alam
Kata Alu-Aluan Pengetua SMK Seksyen 19, Shah Alam PDF Print E-mail
pic_datin2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Seiring dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia, pendidikan dan profesionalisme keguruan memikul tanggungjawab memberikan pendidikan berkualiti, membentuk masyarakat berpengetahuan dan produktif bersesuaian dengan perubahan dan kemajuan yang berlaku dalam alaf digital ini. Guru perlu menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat dan peningkatan kompetensi yang akan menjadi kerangka tindakan perubahan bagi memantapkan kualiti perkhidmatan guru mengikut arus perubahan perdana yang berlaku dalam revolusi pendidikan. Warga pendidik yang menjadi pelaksana dasar pendidikan negara perlu sentiasa bersedia mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan baharu bagi membolehkan mereka menjalankan peranan sebagai agen perubahan dalam masyarakat. Inovasi dan idea-idea baharu yang kreatif dan inovatif perlu dicetuskan oleh guru dalam organisasi sekolah dan pendidikan supaya guru dapat mengaplikasikannya sebagai asas untuk membina dan mengembangkan potensi manusia.

Kerajaan telah menyarankan budaya kerja berasaskan prestasi dengan menggunakan petunjuk-petunjuk prestasi utama atau key performance indicators (KPI) diterapkan dalam organisasi sekolah sebagai satu strategi pengurusan. Tuntutan terhadap sekolah dalam kecemerlangan akademik, kokurikulum, disiplin yang baik, amalan-amalan pengurusan, kepimpinan dan kompetensi guru yang tinggi memerlukan sekolah menggunakan strategi yang berasaskan prestasi. Usaha ini perlu bagi penambahbaikan kualiti pendidikan di sekolah sekali gus menyumbang ke arah keberkesanan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang berwibawa.

Sistem pendidikan di Malaysia perlu berdaya saing dalam dunia siber ini dari segi peranan, sumbangan, imej, status, dan matlamat perjuangan dalam bidang pendidikan. Globalisasi yang meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru tentang perancangan strategik dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penerokaan maklumat melalui ICT, dan peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan. Selaras dengan trasfomasi yang berlaku, profesion keguruan memerlukan guru yang memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini demikian kerana guru menjadi tenaga penggerak ke arah pembangunan manusia, menjadi perintis terhadap perubahan sosial, menjadi pelaksana dasar-dasar baharu dan bertanggungjawab bagi merealisasikan matlamat wawasan negara.

Akhir kata, sekalung tahniah saya dedikasikan kepada warga kerja Pembagun Laman Web Sekolah kerana berjaya membina sebuah laman web pada tahun 2010 ini.

Pembinaan laman web sekolah adalah penting untuk memaparkan kecemerlangan dan imej sesebuah institusi pendidikan.

Sekian, terima kasih.

(DATIN HAJAH SURAINI BINTI SUPARDI, PJK)

Pengetua,

SMK Seksyen 19, Shah Alam.

 

 

Penafian:- Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768.

Hak Cipta © 2010, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam. Hakcipta Terpelihara

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.