Sunday, 08 December 2019
Anda berada di: Laman Utama Panel ICT Aktiviti Panel ICT
Aktiviti Panel ICT PDF Print E-mail

 TAHUN 2019

KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU & INOVASI STEM (PROJEK INOVASI STEM - APLIKASI ECOGREEN SMKS19 ) 

TARIKH - 25 FEBRUARI - 16 APRIL 2019

 

12345567

123455678

 

 

KELAS TAMBAHAN SPM

TARIKH - 26 & 28 MAC 2019

photo 2019-04-21 09-16-57

 
 
 
KARNIVAL KURIKULUM (PROJEK INOVASI ADUINO TRAFFIC LIGHT SIMULATOR (GABUNGAN SK+ASK+RBT))

TARIKH -  6-13 MAC 2019

 

123455

1234556

  

PROGRAM PLC - PhP CODING CHEKING (10 MAC 2019)
 
 
 
 

BENGKEL PENGGUBALAN JSU DAN PEMBINAAN ITEM ( 26-27 FEBRUARI 2019)

binaitem191

 

ANUGERAH KUALITI PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER PPD PETALING PERDANA ( NAIB JOHAN)

photo 2019-02-18 12-27-55

 

PEMANTAUAN PENILAI ANUGERAH KUALITI PENGURUSAN MAKMAL PPD PETALING PERDANA

30 JANUARI 2019

51199716 10218172731647966 1888303739148697600 n

photo 2019-01-30 15-43-06

photo 2019-01-30 16-25-23

51794135 10218172698727143 78966839207526400 n

 

GOTONG-ROYONG MAKMAL MULTIMEDIA

29 JANUARI 2019

1234556789

 

TAKLIMAT ORIENTASI TINGKATAN 4 ( 3 JANUARI 2019)

IMG 20190130 071016 983

MESYUARAT GURU BIL. 1/2019

IMG 20190130 070639 725

 

 

 

 

TAHUN 2018

MYDIGITAL MAKER FAIR 2018

mydigifair1

photo 2018-09-29 09-23-30

photo 2018-09-29 09-23-40

photo 2018-09-29 18-06-27

 

Sambutan Bulan Kemerdekaan 

MERDEKA4

Suasana Makmal Multimedia yang ceria dihiasi Jalur Gemilang

sudutmerdeka

Antara sudut pameran bertemakan Bulan Kemerdekaan

MERDEKA20182

Guru-guru ICT menyambut Bulan Kemerdekaan

 

 

BENGKEL TRAIN ON TRAINERS (TOT), FAKULTI SAINS KOMPUTER & TEKNOLOGI MAKLUMAT, UPM

photo 2018-09-13 11-10-01

 

 

SSQS 2018

photo 2018-08-09 07-46-47

photo 2018-08-09 07-47-08

 

 

HOUR OF CODE

http://bea8621.1bestarinet.net/hoc

HOC17

HOC8

HOC1

 

 

DIGITAL SCORE COMPETENCY

DCS20185

DCS20181

 

 

LEAPS OF KNOWLEDGE - LEVEL UP

LEVEL UP1

 

GOTONG-ROYONG PERDANA - MAKMAL MULTIMEDIA

photo 2018-07-14 13-22-03

photo 2018-10-03 16-41-45

 

 

KARNIVAL KURIKULUM - FROG TRIVIA

frogTrivia

Aktiviti FROG TRIVIA semasa Karnival Kurikulum 2018

 

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

photo 2018-05-16 11-24-06

 

KAUNTER FROG VLE SEMASA MESYUARAT PIBG 2018

photo 2018-02-10 09-47-06

 

MAJLIS PELANCARAN FROG VLE 2018

PELANCARANFROG2018

 

BENGKEL GAMIFIKASI DALAM PdPc

photo 2018-01-12 15-22-28

 

 

TAHUN 2017

MAJLIS PELANCARAN FROG VLE 2017

pelancaranfrog2

 

PROGRAM DENGUE PATROL VIA FROG VLE

photo 2017-07-14 09-17-58

 

AKTIVITI PdPc : FROG ATTACK!

photo 2018-01-25 11-42-25

 

KARNIVAL KURIKULUM : PANITIA SAINS KOMPUTER/ ICT : TARSIA

photo 2017-03-30 09-15-27

 

PROGRAM KUNJUNG BANTU FROGASIA 2017

photo 2018-03-29 05-00-09

 

BENGKEL PIE & CHENDOL

gambarrmai2

 

PROGRAM FROG ATTACK!

photo 2017-02-11 01-36-09

TAHUN 2016

MAC

31 MAC 2016

MAJLIS PELANCARAN FROG VLE DAN PERASMIAN BILIK FROG VLE

bilikfrogvle

FEBRUARI - MAC 2016

PROSES PENGUBAHSUAIAN BILIK FROG VLE

PROJEK BILIK FROG VLE

 

JANUARI

30 JANUARI 2016

MESYUARAT PIBG KALI KE-22

PIBG20161

 

15 JANUARI 2016

MAJLIS PERSARAAN PUAN RUSHAIMI BINTI HASSAN

PERSARAAN KAK MI

LATIHAN PERSONNEL 1 - SKT DAN PBBB

LADAP 1

 

8 JANUARI 2016

BENGKEL PEMBUGARAN PdP VIA FROG VLE - BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL

bengkelpembugaranFROGVLE20161

 

TAHUN 2015

2 DISEMBER 2015 - LAWATAN PENANDA ARASAN BILIK FROG VLE SMK PUCHONG BATU 14

smkpuchong1

10 OKTOBER 2015 - MAJLIS GRADUASI

MAJLIS GRADUASI 2015

3/10/2015 - MAJLIS JALINAN KASIH SULAMAN RINDU

HITEA2015

SEPTEMBER 

WAKIL MALAYSIA KE ASIAN INTERNATIONAL CHILDREN FILM'S FESTIVAL 2015, HOKAIDDO, JEPUN

photo 2015-10-15 16-50-10

26 SEPTEMBER 2015

JOHAN VIDEO PENDEK KEMERDEKAAN

photo 2015-10-17 14-32-45

TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN SUDUT KEMERDEKAAN

gambar menang sudut kemerdekaan

5 SEPTEMBER SEPTEMBER

SUDUT FROG VLE - TEMA : COLOURFUL OF KNOWLEDGE

GOTONGROYONG FROG

OGOS

20-28 /8/2015 - PERTANDINGAN VIDEO PENDEK ASIAN INTERNATIONAL CHILDREN FILM FESTIVAL

AICFF2015

6/8/2015 - TAKLIMAT PENGISIAN SSQS

SSQS2015

3/8/2015 - MESYUARAT PANITIA TMK KALI KE 4

JULAI

31/7/2015 - SESI PERBINCANGAN PELAN INTERVENSI BIDANG T&V

27/7/2015 - TAKLIMAT PENYELARASAN SKOR

3/7/2015 - PENGUJIAN TALIAN 1BESTARINET

JUN

15 JUN 2015

PERSIDANGAN DIGITAL EDUCATION SHOW 

photo 2015-10-17 16-03-22

MEI

29 MEI 2015

hari guru perigkat sekolah

5 MEI 2015

MESYUARAT PANITIA TMK BIL 3/2015

photo 2015-10-17 16-03-35

APRIL 

30 APRIL 2015

GOTONGROYONG 1

Program Gotong-royong Khidmat Masyarakat ICT yang melibatkan 4 Persona telah diadakan di bawah Puan Shazalina dan Puan Norhaslina. Setiap murid akan mendapat markah merit sebanyak 5 markah. Hasil program ini, Makmal Multimedia kelihatan lebih kemas, bersih dan ceria.

 

17 APRIL 2015

LESCOPAQUE2015

 

17 MAC 2015

BENGKEL FROG VLE PANITIA SEJARAH

photo-1

MAC

31 MAC 2015

MAJLIS KECEMERLANGAN MURID ICT 2014

photo-4

 14 - 16 MAC 2015

LANGKAWIMAC2015

6 MAC 2015

BENGKEL PEMANTAPAN MAKLUMAT FROG VLE DAN LAMAN WEB SEKOLAH UNTUK SETIAUSAHA -SETIAUSAHA SEKOLAH

photo-3

 

JANUARI 

LADAP 1 : PPPBB

IMG 5310

 

TAHUN 2014

DISEMBER

Jamuan Perpisahan untuk Mantan Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional di Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya

Untitled

 

HARI KELUARGA PANITIA ICT 2014 

Pada 6 Disember 2014, Panitia ICT telah mengadakan Hari Keluarga Panitia di Hotel Pan Puteri, Johor Bahru. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah makan malam di Singgah Selalu, melawat Universal Studio, Singapura dan Universiti Teknologi Malaysia. 

photo 3

 

NOVEMBER 

Pada 27 November 2014 telah diadakan satu persidangan peringkat kebangsaan yang bertajuk 'LEAPS A KNOWLEDGE' anjuran YTL Corporation dan FROGasia di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Antara aktiviti ialah Forum yang membincangkan Pembelajaran Abad ke-21 dan menyulusuri pengalaman guru-guru seluruh Malaysia yang mengaplikasikan FROG VLE dalam PdP.

 

IMG 5024

 

 

TAHUN 2013

MEI

The Digital Education Show 2013

Satu persidangan bertajuk The Digital Education Show 2013 yang bertujuan memberi peluang kepada guru-guru untuk mempelajari dan mengambil idea baharu dalam mengintegrasikan ICT dalam PdP. Selain itu, ia juga boleh menambahnilai kejayaan kepada kemenjadian murid dalam teknologi. Persidangan ini disertai oleh Puan Faraniza Kamal Badrol, Puan Shuhainor Mohd Sukor dan Puan Shazalina Ghazali. Ia berlangsung selama 2 hari di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

desa2013

 

Sambutan Hari Guru 2013

Kepada semua guru-guru ICT, Selamat Hari Guru!

IMG_1149

 

APRIL 

Ceramah Teknologi Animasi Bersama Les' Copaque

Pada Khamis, 4 April 2013 Panitia ICT dan Program Pembestarian Sekolah telah menganjurkan program Ceramah Teknologi Animasi bersama Les' Copaque. Ceramah disampaikan oleh Pengarah Animasinya iaitu Encik Mohd Asyraf b Abd Rahman. Beliau ditemani oleh salah seorang daripada Ketua Animasi iaitu Encik Zharif. Program ceramah ini bermatlamat untuk melahirkan murid yang kreatif dan kritis dalam mengaplikasi kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ke arah menyahut cabaran dan survival alaf baharu.

Ceramah bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada pukul 11.00 pagi. Diharap murid-murid ICT dapat mengambil peluang dan manfaatnya untuk membuka minda mereka dalam bidang teknologi animasi dalam usaha menambah animator-animator di Malaysia di masa hadapan.

 

MAC 

Pada 17 hingga 19 Mac, Panel ICT telah membuat beberapa ubahsuai bilik guru di Makmal Multimedia. Tujuan melalui pengubahsuaian ialah agar guru-guru ICT dapat bekerja dengan lebih selesa dan bersemangat. Antara perubahan yang dibuat ialah membuat kabinet buku, mengubah susun atur bilik serta kerja-kerja keceriaan. Semua guru-guru ICT dan juruteknik sekolah terlibat dan bekerjasama sehingga kerja-kerja selesai. Kini bilik guru Panel ICT lebih luas, selesa dan ceria. Terima kasih tidak tear hingga kepada Bumi Semenanjung Teknologi kerana berjaya menyiapkan kabinet pada masa yang ditetapkan dan kepada semua guru-guru ICT dan juruteknik. Semoga kita lebih semangat dan ceria dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai GURU!

 

FEBRUARI 

Pada 8 Februari yang lalu, Pn Hjh Mazni Mohd Sheriff telah diberi tanggungjawab untuk membentuk AJK Buku Program sempena Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia di SMK Bandar Kinrara, Seksyen 3. Ia dilancarkan oleh YB Tan Sri Dato' Muhyiddin Bin Hj Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Buku program tersebut direkabentuk oleh Pn Norhaslina Mat Jidin yang sememangnya mahir dalam bidang grafik. Selain itu, Panel ICT telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan tugas sebagai AJK Buku Program di majlis tersebut.

JANUARI 

Selamat datang tahun 2013. Semoga tahun ini Panel ICT terus cemerlang dan mengekalkan semangat KERJASAMA yang lebih erat dan padu. Sebelum itu, saya sebagai Ketua Panitia ICT mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan syabas kerana telah melaksanakan tugasan yang diberikan dengan jayanya. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Panel ICT telah merancang pelbagai aktiviti PdP dan ko-academik untuk guru-guru dan murid-murid. Harapan saya agar kami terus berjaya melaksanakan tugas yang diberikan dengan cemerlangnya. Inshaa Allah. Salam sayang dari saya Faraniza Kamal Badrol

 

NOVEMBER 2012

Program Enviro-Tech For e-Creativity

Tahniah kepada pasukan The Demigod dan Studio 97 yang telah memasuki senarai 'Top 5' dalam pertandingan Environment Games anjuran YAWA. Tahniah juga kepada guru pengiring iaitu Pn Norhaslina dan Pn Shazalina. Semoga sekolah kita berjaya menjuarai pertandingan ini. Amin


 

OKTOBER

Cybersafe Awareness Programme

Pada 30 Oktober 2012, bengkel mengenai Cybersafe Awareness Programme telah diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada warga sekolah khususnya kaum pelajar tentang kandungan yang tidak sihat dan penipuan yang wujud di alam siber.


 

Bengkel Aplikasi MS Power Point 2012- SIRI 2

Satu bengkel MS Power Point telah diadakan pada 17-18 Oktober di Makmal Multimedia 1. Bengkel ini telah disertai oleh beberapa orang guru dan telah mencapai objektifnya. Tahniah kepada guru-guru yang telah mengaplikasikannya di dalam P&P.

 

SEPTEMBER

Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri, Panel ICT telah menganjurkan majlis Santai Raya ICT 2012. majlis ini bertujuan mengeratkan tali silaturrahim di antara warga guru dan staf sokongan dan Panel ICT. Pelbagai jenis hidangan yang menyelerakan dan suasanya begitu meriah! Diharap majlis ini menambahkan lagi kenangan manis dan mengeratkan lagi hubungan persaudaraan.

OGOS

Taklimat Kecemerlangan ICT SPM ICT 2012

Murid-murid tingkatan 4 dan 5 ICT tahun 2012 telah dijemput untuk menghadiri taklimat kecemerlangan dan teknik menjawab soalan MP ICT. Taklimat ini telah diberikan oleh 'Sifu' Choo Keng Fook yang begitu berpengalaman dalam menanda kertas dan merupakan salah seorang Guru Cemerlang ICT. Terima kasih kepada Cikgu Choo yang sudi berkongsi pengetahuan dan tip-tip peperiksaan dan juga kepada Puan Jusmaiwati Jusoh yang sudi menjemput kami ke SMK Seksyen 24, Shah Alam, selaku tuan rumah.


JULAI

Jamuan Makan Malam di Jeram Panitia ICT 2012

Alhamdulillah..Panel ICT telah berjaya menambah lagi aktiviti keluarga iaitu makan-makan sempena menyambut Ramadhan di Jeram. Harapan, semoga aktiviti ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kami.

 

ICT Kiosk

Sempena Bacaton 2012 yang telah diadakan pada bulan Julai, Panel ICT telah membuka kiosk. Antara jualan yang telah dibuat ialah Jualan Secret Admirer, Makanan Ringan, Counter Strike Game dan Tayangan Video. Sambutan dari pengunjung amat memberansangkan.


MEI

 Mesyuarat Penataran Diskriminasi MPKK Bagi Mata Pelajaran ICT Tingkatan 4 Tahun 2012

Pada 4 Mei 2012 yang lalu satu mesyuarat dan taklimat mengenai MPKK telah diadakan di Kuala Lumpur. Mesyuarat ini diadakan untuk menilai semula pemberian markah kerja kursus SPM bagi MP ICT. Ianya akan dilaksanakan pada tahun ini, 2012.

Bengkel Aplikasi MS Power Point 2012- SIRI 1

Satu bengkel MS Power Point telah diadakan pada 23-24 Mei di Makmal Multimedia 1. Bengkel ini telah disertai oleh beberapa orang guru dan telah mencapai objektifnya. Tahniah kepada guru-guru yang telah mengaplikasikannya di dalam P&P.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Tanggal 16 Mei adalah satu tarikh yang begitu sinonim dengan guru-guru. Ini kerana hari itu guru-guru akan diraikan dengan meriahnya oleh anak-anak didiknya. SMKS19 telah mengadakan sambutan Hari Guru dengan meriahnya. Pelbagai acara yang menarik dan menghiburkan telah diadakan. Semoga guru-guru SMKS19 akan lebih bersemangat dalam melahirkan warganegara yang cemerlang.

APRIL 2012

Pada 6 April yang lalu, Panitia ICT telah mengadakan Majlis Murid Gred A Mata Pelajaran ICT. Seramai 11 orang murid berjaya mendapat A dan A- untuk SPM 2011. Tahniah diucapkan kepada Puan Shazalina dan Puan Norhaslina serta murid 5 Pesona tahun 2011.

MAC 2012

Setelah merancang beberapa kali, akhirnya terlaksana juga perancangan Panitia ICT untuk mengadakan Hari Mesra Keluarga pada 10 -12 Mac 2012 di Cameron Highland. Pelbagai aktiviti antaranya makan malam, berbabeque dan melawat tempat-tempat menarik di sekitar Cameron Highland. Kami telah menyewa sebuah penthouse di Brinchang. Antara aktiviti yang paling menyeronokkan ialah masak-masak bersama ahli panitia. Aktiviti ini diharap dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim, kemesraan dan menambahkan semarak semangat setiakawan dan rakan sekerja.

 

FEBRUARI 2012

Panitia telah menyertai satu Pertandingan Online Game anjuran Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA). Pertandingan ini dijalankan di bangunan MyCore di Cyberjaya. Sebanyak 8 orang pelajar menyertai pertandingan ini dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan 1 yang disertai oleh pelajar tingkatan 4 dibawah bimbingan Puan Norhaslina binti Mat Jidin dan kumpulan 2 disertai oleh pelajar tingkatan 3 dibimbing oleh Puan Shazalina binti Ghazali. Pertandingan ini menggunakan perisian game maker yang dapat mencungkil bakat pelajar menjadi lebih kreatif dan memulihara alam sekitar.Pertandingan ini dijalankan dari November,2011 sehingga Julai,2012.

 

JANUARI 2012

Kerja-kerja pembersihan dan mengubahsuaian makmal dilakukan pada awal tahun 2012. Aktiviti ini antara kerjasama antara semua guru panitia ICT, juruteknik, guru ganti Pn. Faraniza (Cik Nurazwina) dan juga ahli Kelab Komputer yang hadir. Kami semua telah mengubahsuai bilik stor dan mewujudkan bilik riadah dan lain-lain pengubahsuaian. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

 

OGOS 2011

Murid-murid ICT tingkatan 4 telah didedahkan dengan kemahiran memasang komputer oleh Juruteknik Sekolah iaitu En Johari Jani. Diharap ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan oleh murid-murid yang terlibat.

Seminar Teknik Menjawab Mata Pelajaran ICT anjuran Panitia ICT bertempat di SMK Seksyen 24 Shah Alam. Ceramah teknik menjawab itu diberikan oleh En Yusmanwadi Bin Jamaludin dari SMK Victoria, Kuala Lumpur. Beliau merupakan Guru Cemerlang ICT.

 

JULAI 2011

Bulan Julai merupakan bulan kurikulum. Sepanjang bulan ini, pelbagai aktiviti t elah dianjurkan antaranya pertandingan Power Point, Movie Maker dan Mereka Kulit Depan Majalah Sekolah.

Selain itu, Kursus Pembugaran ICT telah dianjurkan oleh PPD Petaling Perdana. Antara pengisian kursus ini ialah kebaikan penggunaan Google Docs dan usaha meningkatkan profesionalisme ICT.

JUN 2011

Sepanjang bulan ini, Panitia ICT telah menyertai Pertandingan MyGossconn (Perisian Sumber Terbuka). Ia disertai oleh 3 orang murid tingkatan 1 Gemilang iaitu Muhammad Afiq Iskandar, Aiman Hakimi dan Haziq Haikal dibawah bimbingan saya selaku Ketua Panitia ICT. Dalam pertandingan ini, murid-murid perlu mengaplikasikan semua aplikasi yang ada di dalam OpenOffice.org. Diharap pertandingan ini dapat memberikan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang berguna kepada murid-murid yang terlibat.

MEI 2011

Selamat Menyambut Hari Guru! Tahniah dan terima kasih kepada semua guru-guru ICT yang telah bekerjasama memastikan keputusan MP ICT kekal 100% dalam SPM 2010. Panitia ICT telah diberi penghargaan kerana berjaya mengekalkan keputusan yang baik dalam SPM. Semoga keputusan tahun ini lebih baik dan dapat melahirkan lebih ramai murid ICT yang mendapat A.

Bengkel Aplikasi Adobe Photoshop telah diadakan pada 18-19 Mei 2011. Tenaga pengajarnya ialah En Zoolfadli Mashudi. Kursus ini telah dihadiri seramai 10 orang guru.

APRIL 2011

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2010 yang lalu. Majlis meraikan murid Gred A Mata Pelajaran ICT SPM 2010 telah dianjurkan pada 29 April 2011 di Makmal Multimedia, SMKS19. Majlis ini dianjurkan untuk menyuntik semangat murid-murid ICT agar lebih berjaya di dalam peperiksaan. Majlis dimulakan dengan taklimat Headcount SPM 2011 oleh saya sendiri, selaku Ketua Panitia ICT. Taklimat ini bertujuan untuk memberi panduan, laluan dan hala tuju sasaran murid SPM 2011. Tahniah kepada Majdiah Nadzrah Mohd Harris (A), Ameer Izzuddin (A-) dan Nurul Izzah Afiqah (A-). Semoga dengan majlis ini dapat menaikkan lagi semangat guru-guru ICT dan murid-murid ICT! Tahniah!


MAC 2011

Pada 9 - 10 Mac 2011 yang lalu, Guru Bestari dengan kerjasama Panitia ICT telah mengadakan Bengkel Aplikasi Flash di Makmal Multimedia 1. Kursus tersebut telah dihadiri seramai 35 orang guru SMKS19 yang berminat untuk mempelajari dan menambah ilmu pengetahuan tentang grafik perkomputeran. Tenaga pengajarnya ialah En Zoolfadli Mashudi. Guru-guru begitu teruja dan seronok semasa bengkel ini dijalankan. Terima kasih atas sokongan semua.

 

JANUARI 2011

Tahun baru 2011 kami mulakan dengan semangat dan azam yang baru. Sepanjang cuti sekolah yang lalu, iaitu dari November hingga pertengahan Disember semua guru-guru ICT dan Juruteknik Komputer telah bergilir-gilir bertugas menjaga keselamatan makmal yang sedang diubahsuai bahagian bumbungnya. Alhamdulillah, kini projek itu sudah selesai!Tugas baharu telahpun bermula apabila semua guru dengan rasminya menerima tugas baharu dalam buku Perancangan Strategik. Insyaallah, tahun ini semua guru ICT akan lebih bersemangat dan semakin erat kerjasama dan bertanggungjawab dalam menjalani tugas.

 

JANUARI 2010

PENSTRUKTURAN SEMULA TUGASAN PANEL ICT

Apabila masuknya tahun baharu 2010, maka tugas pun baharu. Pada tahun 2010 ini, Panel ICT mempunyai 4 orang guru. Berbanding tahun-tahun sebelumnya, kekurangan guru dalam Panel ini membuatkan tugasan seseorang guru ICT ‘tidak menang tangan’. Namun, dengan pertambahan bilangan guru ICT diharap dapat bekerjasama dengan lebih erat demi pembangunan ICT dan menjadikan budaya kecemerlangan melalui ICT dapat dilaksanakan. Selain menjadikan ICT sebagai antara Panel Terbaik di SMK Seksyen 19. Tahniah diucapkan kepada Puan Shuhainor Mohd Sukor kerana dilantik menjadi Penyelaras Bestari Sekolah. Semoga dengan pelantikan ini dapat menjadikan SMKS19 sebagai antara sekolah yang tersohor dengan penggunaan dan pelaksanaan ICT.

Selain itu, setiap guru ICT diberi tanggungjawab untuk menyelia makmal-makmal komputer yang ada di SMKS19 dengan dibantu oleh Juruteknik Komputer, Encik Johari Jani.

PENJENAMAAN SEMULA LAMAN WEB SEKOLAH

Panel ICT SMK Seksyen 19 Shah Alam dengan kerjasama Redyellowtree telah membuat penjenamaan semula laman web sekolah ini dengan menampilkan antaramuka, imej terbaharu dan isi kandungan yang lebih bermaklumat. Selain itu, laman web yang baharu ini akan menggunakan alamat www.smks19.edu.my. Diharap dengan imej dan wajah baharu yang akan ditonjolkan ini dapat memberikan informasi terkini kepada semua warga SMKS19.

FEBRUARI 2010

PENGUBAHSUAIAN MAKMAL-MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH

Mulai Disember tahun 2009, Panel ICT telah mengadakan mesyuarat untuk mengubahsuai Makmal Multimedia. Ini kerana mulai tahun 2010, guru-guru telah ditempatkan di bilik-bilik khas. Untuk Panel ICT, projek pengubahsuaian ini telahpun dimulakan semasa cuti sekolah. Proses pertama ialah mengecat dan menyusun dan mengemas semula bilik penyelaras. Bilik ini dapat menempatkan 4 orang guru ICT beserta juruteknik komputer.

Proses yang kedua pula, ialah mengecat semula makmal-makmal multimedia agar lebih ceria dan kondusif. Proses ini telah dilakukan secara bergotong royong pada 6 Februari yang lalu. Setiap makmal diuruskan oleh 2 orang guru. Makmal Multimedia 1 ialah Pn Shuhainor dan Pn Faraniza. Manakala Makmal Multimedia 2 diuruskan oleh Pn Shazalina dan Pn Norhaslina. Proses ini dibantu oleh En Johari dan murid-murid Tingkatan 3 Iswara dan 2 Gemilang serta beberapa orang murid dari 5 Chimaera. Proses ini berjalan dengan lancar dan siap pada pukul 4.30 petang.

Selain Makmal Multimedia, Pusat Akses Sekolah (PuAS) dan Makmal Lotus juga diberi sentuhan baharu selaras dengan hasrat panel ICT untuk memberikan perkhidmatan ICT yang terkini untuk warga SMKS19. Antara kemudahan yang diberikan di PuAS ialah capaian akses Internet dan penggunaan bahan Multimedia Interaktif. Diharap semua warga SMKS19 dapat memanfaatkan kemudahan yang ada dengan baik dan penuh tanggungjawab.

MAC 2010

PROSES PEMBANGUNAN DAN PELANCARAN LAMAN WEB SMKS19

Setelah hampir 5 tahun SMKS19 menggunakan domain www.smks19.net, kini Panel ICT telah membuat keputusan untuk menukarkannya ke domain yang lain iaitu www.smks19.edu.my. Sebelum pembinaan semula laman web dilakukan, satu mesyuarat khas telah diadakan bagi membincangkan sumber kewangan dan mencari syarikat yang boleh bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membina laman web yang lebih professional dengan kos yang berpatutan.

Apabila bajet telah diluluskan, maka bermulalah proses pembinaan dengan membahagikan tugasan mengikut bidang masing-masing. Tempoh yang telah ditetapkan adalah selama sebulan setengah. Kemudian bahan-bahan tersebut diserahkan kepada pihak RedYellow untuk fasa seterusnya.

Pada 6 Mac 2010, laman web sekolah terkini akan dirasmikan oleh Tuan Hj Yusoff B HM Hanif. Kami berharap semoga laman web ini dapat member input berguna kepada semua warga SMKS19.

 

SABTU, 6 MAC 2010

               Pelancaran Laman Web SMKS19 Shah Alam telah dirasmikan oleh Tuan Haji Yusoff Bin HM Hanif, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri pada 6 Mac 2010. Apabila bergemanya gong maya, maka rasmi sudahlah laman web yang terkini.  Dengan adanya laman web yang baharu ini, warga SMKS19   pastinya akan diberi maklumat yang terkini tentang perkembangan sekolah walau di mana sahaja.

Laman web ini dibangunkan menggunakan Content Management System dan bahasa pengaturcaraan PHP dimana memudahkan webmaster untuk mengurus dan menyenggara laman web.

Laman web ini akan diuruskan sepenuhnya oleh Panel ICT SMKS19 disamping  tunjuk ajar dan nasihat daripada Red Yellow Tree Sdn Bhd.

 

1 APRIL 2010

                Lawatan Seminar Kerjaya dan Program Celik ICT anjuran UniRazak telah  diadakan pada 1 April 2010. Seramai 38 orang murid dan 2 orang guru pengiring telah menyertai seminar ini. Pelbagai acara diadakan antaranya Ceramah Bidang ICT seperti Kejuruteraan Perisian, Kejuruteraan Forensik, Sains Maklumat dan Sains Perubatan. Selain itu, demonstrasi menggodam system komputer telah ditunjukkan oleh pelajar-pelajar tahun akhir UniRazak. Selepas jam 2 petang majlis penyampaian cenderahati dan sijil telah diadakan. Terima kasih kepada Prof. Dr Syed Malek F. D. Syed Mustapha dan Dr. Kalaivani Chellapan dengan sambutan dan program yang diberikan.

 

3 APRIL 2010

                Syarikat Redyellow Tree dengan kerjasama Panitia ICT SMKS19 telah mengadakan Kursus Pembinaan dan Penyelenggaraan Laman Web Sekolah. Kursus diadakan pada pukul 9.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tgh. Peserta-peserta kursus terdiri daripada semua guru-guru ICT dan Juruteknik sekolah. Tenaga pengajar yang terlibat ialah En Noreffendy Mokhtar iaitu webmaster yang berpengalaman luas dalam merekabentuk dan membina laman web.

 

MEI 2010

6 MEI 2010

IT Career and It’s Specialization in Current Market Sector

 Panel ICT dengan kerjasama UNIRAZAK telah menganjurkan satu seminar kerjaya yang bertajuk IT Career and It’s Specialization in Current Market Sector. Ceramah ini disampaikan oleh Dr Kalaivani Chellapan iaitu Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Maklumat. Seramai 80 orang murid terlibat . Ceramah kerjaya ini memberi fokus tentang bidang yang boleh diceburi dalam bidang IT.

 

14 MEI 2010

JAMUAN MAKAN SEMPENA HARI GURU 2010

                Sebagai menghargai jasa guru-guru SMKS19. Panitia ICT telah mengadakan sedikit jamuan makan yang dihadiri oleh Datin Pengetua, Penolong-penolong Kanan, GKMP dan guru-guru. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AMP SMKS19 dan cikgu-cikgu ICT –Cikgu iNor, Cikgu Lin, Cikgu Ina dan tidak ketinggalan Encik Johari kerana sentiasa memberikan kerjasama dan idea yang baik demi menjayakan semua program yang dirancang. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.Terima kasih!

 

17 MEI 2010

                Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan dengan pelbagai acara dan persembahan yang menarik. Selain itu, antara aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Guru SMKS19 sebelum ini telahpun dijayakan. Antaranya ialah pertandingan memasak cucur. Pertandingan Bowling pula dianjurkan oleh Kelab Bowling Sekolah telah menarik perhatian 35 orang guru untuk mempamerkan aksi bermain bowling. Semoga aktiviti yang menyeronokkan dan mengeratkan ukhwah ini dapat diteruskan di masa hadapan.

 

SEPTEMBER 2010

Pada 21-23 September 2010 yang lalu Ketua Panitia ICT telah menghadiri kursus anjuran Jabatan Pelajaran Selangor yang bertajuk Kursus Peningkatan Profesionalisme bagi Guru ICT dan Guru Bestari Selangor. Antara pengisian yang menarik ialah slot dari Microsoft Malaysia yang berkongsi maklumat tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran secara online. Selain itu, perbincangan dikalangan guru-guru ICT ialah tentang kepentingan pengajaran dan pembelajaran secara kolobaratif.

OKTOBER 2010

Ketua Panitia ICT amat bertuah kerana Intel Electronics (M) telah menghadiri kursus pendek yang bertajuk ‘INTEL TEACH ELEMENT PROJECT BASED APPROACHES’ (PBL) . Dalam kursus ini guru-guru diberi pendedahan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini iaitu bentuk pengajaran di mana murid dapat belajar secara holistik tanpa bergantng sepenuhnya kepada guru.. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah kuiz sebagai pengenalan kepada kaedah ini. Kemudian, perbincangan dan sumbangsaran tentang PBL.Antara maklumat yang saya faham tentang PBL ialah Soft skills ini akan dapat dicapai melalui kaedah pembelajaran secara projek (PBL) yang merangkumi 5 langkah utama iaitu:
Modul 1: Overview PBL-perbezaan dengan kaedah konventional, guru harus menggunakan carta   KWLH iaitu K-knowledge, W-wonder, L-learn, H-How
Modul 2:Project Design yang merangkumi cara bagaimana membuat lesson plan mengikut kaedah ini.
Modul 3: Cara penilaian yang dilakukan iaitu secara formatif dan sumatif, selaras dengan 21st century skills.
Modul 4: Perancangan
meliputi cara bagaimana guru memantau perjalanan projek
Modul 5: Guiding learning iaitu bagaimana guru menggunakan teknik penyoalan untuk membantu murid berfikir secara aras tinggi.

 

NOVEMBER

Satu kursus Ubuntu telah diadakan di SMK Seksyen 24, Shah Alam. Ianya bertujuan memperkenalkan penggunaan perisian terbuka Ubuntu sebagai alternatif Operating System yang sedia ada. Ubuntu adalah sebuah sistem operasi lengkap yang berasaskan Linux. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis komputer. Apa yang menarik mengenai Ubuntu ialah, ianya PERCUMA!!! Anda bebas menggunakannya di mana sahaja. Ubuntu juga dilengkapi dengan aplikasi asas yang anda perlukan.Perisian yang disertakan dalam Ubuntu adalah bebas dan bersumber terbuka.

Kursus ini disampaikan oleh Cikgu Rosli dari SMK Kuala Kubu Baru, Selangor. Antara peserta yang mengikuti kursus ini ialah guru-guru ICT (Faraniza dan Shuhainor) dan juruteknik komputer sekolah (Johari Jani) dari Daerah Petaling Perdana. Diharap kursus ini dapat memberikan input yang berguna buat semua peserta.

Posted from my iPhone using Joomla Admin Mobile!

 

 

Penafian:- Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768.

Hak Cipta © 2013, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam. Hakcipta Terpelihara..

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.