Wednesday, 21 November 2018
Anda berada di: Laman Utama KoKurikulum Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia
Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia PDF Print E-mail

Program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2012  

  • Tarikh : 10 Julai 2012 (Selasa)
  • Tempat : Dataran Roselle, SMK Seksyen 19, Shah Alam
  • Masa : 8.00 pagi
  • Perasmian : YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin
    • (Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia)

 

TUJUAN

Kertas ini bertujuan untuk  menerangkan konsep  berhubung  Senamrobik Serentak 1Murid
1Sukan 1Malaysia  Peringkat  Kebangsaan yang akan dilaksanakan pada  10  Julai 2012
(Selasa).

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia merupakan landasan bagi sekolah
melaksanakan aktiviti senamrobik di sekolah sebagai aktiviti amalan sepanjang tahun di
semua sekolah seluruh Negara.  Aktiviti senamrobik ini juga boleh dilakukan dalam  semua
program di sekolah kerana ianya dapat menceriakan program yang dianjurkan dan berupaya
memeriahkan aktiviti sukan di sekolah.  Seterusnya aktiviti senaman yang menarik ini akan
dapat mengekalkan lajakan berterusan pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan.  

Aktivit i  senamrobik  dapat  dipraktikkan  di  dalam  kehidupan  seharian murid-
murid  sejak  dari  keci l  sehingga  dewasa  dan  seterusnya menjadikan  amalan  gaya
hidup  sihat  dan  aktif   kepada  semua  masyarakat .  Akhir sekali adalah diharapkan
murid-murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti sukan  secara menyeluruh dan bersepadu
bagi menjayakan dasar 1Murid 1Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat  

Matlamat  mengadakan  aktiviti  senamrobik  ini  adalah  untuk  melahirkan
generasi  murid  yang  cergas  dan  sihat ,  dan  membudayakan  senaman  sebagai
amalan yang  rutin sepanjang kehidupan mereka.  Menerusi senamrobik, setiap murid akan
tertarik  untuk  melakukannya  kerana  senaman  ini  dilakukan  dengan  iringan  muzik  beserta
dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan  tubuh badan. Di  samping  itu, akt iviti
senamrobik  ini  juga  bertujuan  membina  keyakinan  diri   murid  supaya  yakin
melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

Objektif

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi
mencapai objektif berikut:  

1  meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan;  
2  melibatkan penyertaan semua murid;
3  mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;  
4  mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul;
5  meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;

 

 

Penafian:- Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768.

Hak Cipta © 2013, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam. Hakcipta Terpelihara..

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.