Wednesday, 22 October 2014
Anda berada di: Laman Utama Galeri Arkib 2010 SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-53
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-53 PDF Print E-mail

Bismillahir Rahmanir Rahim.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.


1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih dapat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke-53 dalam suasana yang aman dan harmoni. Saya amat berharap agar sambutan ulang tahun kemerdekaan ini dapat dihayati oleh semua guru dan murid di setiap peringkat umur dan daripada pelbagai kaum serta latar belakang. Semoga ulang tahun kemerdekaan kali ini akan dapat membangkitkan rasa cinta kita kepada bangsa dan negara, serta turut membangkitkan rasa syukur dan insaf mengenai erti sebenar kemerdekaan yang kita kecapi selama ini.
2. Kita harus bersyukur kerana hari ini kita tidak lagi dijajah sebagaimana dahulu, dan kita juga berupaya menentukan pentadbiran negara kita sendiri. Namun begitu, jika kita tidak berhati-hati dan asyik bertelagah sesama sendiri, keharmonian dan kebebasan yang kita nikmati pada hari ini tentunya tidak akan bertahan lama. Maka saya amat mengharapkan agar murid-murid sekalian selaku bakal pemimpin di masa hadapan dapat terus bersatu padu demi menjaga warisan kemerdekaan negara kita.
3
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi,
3. Tema sambutan ulang tahun kemerdekaan negara pada tahun ini “1Malaysia: Menjana Transformasi” amat kena pada masanya. Ini memandangkan negara kita kini sedang mengalami arus perubahan ke arah menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Sebagai rakyat, kita semua perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang tinggi bagi menghadapi perubahan ini.
4. Gagasan 1Malaysia yang telah digerakkan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, merupakan satu usaha bersepadu bagi tujuan memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan latar belakang. Ianya adalah berteraskan nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Saya yakin penghayatan terhadap gagasan 1Malaysia ini akhirnya akan membawa perubahan yang positif kepada seluruh rakyat dan negara.
5. Sejarah telah membuktikan bahawa perpaduan amat penting dalam usaha mengekalkan keamanan negara. Apabila tidak ada
4
semangat bersatu padu, bukan sahaja negara, bahkan tamadun yang hebat juga akan turut musnah sebagaimana yang terjadi kepada tamadun Islam Uthmaniah di Turki dan Dinasti Ming di China pada suatu masa dahulu. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memupuk semangat bersatu padu dan kekitaan bagi menjamin kemerdekaan negara ini dapat dikekalkan. Perpaduan jugalah yang akan membantu menjamin kestabilan dan kemakmuran negara kita agar kemajuan dan pembangunan yang lebih pesat dapat dicapai dan seterusnya memastikan kualiti hidup rakyat Malaysia dapat ditingkatkan menjelang tahun 2020.
6. Dalam usaha mengekalkan kemerdekaan yang kita nikmati kini, negara amat memerlukan rakyat yang memiliki ciri-ciri insan yang unggul dan cemerlang. Dalam usaha melahirkan insan yang sedemikian, sewajarnya nilai-nilai 1Malaysia seperti budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti dihayati serta diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan di zaman ini. Saya yakin nilai-nilai murni ini mampu membentuk rakyat Malaysia ke arah berfikir dan melakukan tindakan yang menjurus kepada kepentingan negara. Saya juga percaya rakyat yang berjiwa
5
1Malaysia mampu membawa satu lonjakan yang gemilang untuk negara kita.
7. Sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab secara langsung dalam memupuk perpaduan melalui proses pendidikan di kalangan generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara, Kementerian Pelajaran sentiasa melakukan usaha berterusan bagi memastikan matlamat menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini dapat dicapai. Melalui dasar-dasar baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran, serta pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan, menjurus kepada usaha memupuk perpaduan di kalangan murid-murid sejak di peringkat awal persekolahan lagi.
8. Saya percaya murid-murid daripada pelbagai kaum dan latar belakang tidak menghadapi masalah untuk belajar bersama-sama di dalam satu bilik darjah, bersama-sama menyertai acara sukan dan kokurikulum, serta bersama-sama menyokong pasukan rumah sukan masing-masing tanpa mengira perbezaan warna kulit. Penglibatan murid-murid daripada pelbagai kaum dalam aktiviti-aktiviti sebegini sememangnya memberi ruang yang cukup banyak kepada mereka untuk berinteraksi secara langsung dan seterusnya mewujudkan persefahaman di antara mereka. Perpaduan
6
sebenarnya telah pun terjalin di kalangan murid-murid melalui aktiviti-aktiviti ini secara tidak langsung dan tanpa kita sedari. Inilah yang perlu terus dipupuk dan dijaga dengan sebaik mungkin kerana murid-murid merupakan bakal pemimpin negara satu hari nanti. Pihak sekolah dan guru-guru perlulah menggunakan kebijaksanaan serta lebih kreatif dalam menyusun aktiviti-aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah, serta menjurus kepada penglibatan semua murid agar matlamat untuk pemupukan perpaduan dapat dicapai. Selain itu, murid-murid juga perlu terus belajar dan menguasai pelbagai bidang ilmu serta kemahiran agar dapat membantu mewujudkan sebuah negara yang maju serta dihormati di seluruh dunia.
Guru-guru dan murid-murid sekalian,
9. Sambutan ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini turut membawa semangat baharu kepada Kementerian Pelajaran dalam memberikan tumpuan kepada empat sub-Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai penjana transformasi pendidikan. Ianya merangkumi usaha meluaskan dan memantapkan pendidikan prasekolah, meningkatkan kadar literasi dan numerasi, mewujudkan sekolah berprestasi tinggi serta mengiktiraf pengetua dan guru besar yang menunjukkan prestasi cemerlang. Matlamat
7
bagi semua usaha ini adalah untuk memastikan murid-murid dapat belajar secara optimum mengikut kemampuan mereka masing-masing, dan seterusnya dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat serta negara satu hari nanti hasil daripada pendidikan yang diperoleh pada hari ini.
10. Kejayaan usaha-usaha di atas akan turut menjadi pengukur kejayaan dan prestasi Kementerian Pelajaran secara keseluruhannya. Oleh itu, saya berharap agar para guru sentiasa bersedia untuk menjadi penggerak kepada transformasi pendidikan ini. Guru-guru perlulah sentiasa berusaha menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran, berusaha merapatkan jurang pencapaian murid tanpa mengira latar belakang kaum dan sosio-ekonomi, dan sentiasa bertindak ke arah membantu meningkatkan prestasi sekolah dalam semua bidang. Guru-guru juga perlu ikhlas dalam mendidik murid-murid dengan bertunjangkan matlamat pembinaan negara bangsa, serta menjunjung aspirasi perpaduan selaras dengan semangat dan cita-cita 1Malaysia.
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian,
11. Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ini juga, marilah sama-sama kita memperingati sumbangan, perjuangan dan pengorbanan
8
pemimpin-pemimpin yang terdahulu seperti Panglima Rentap, Tok Janggut, Dato’ Bahaman, Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan. Tokoh-tokoh ini telah berjaya meletakkan asas-asas penting kepada pembinaan sebuah negara bangsa yang merdeka dan bersatu padu sehingga kita dapat mencapai pelbagai kejayaan pada hari ini.
12. Keberanian dan kecekalan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan ini wajar kita hayati dan hargai. Sifat kepahlawanan mereka telah membawa kebebasan kepada kita hari ini untuk mencorakkan masa depan negara kita yang tercinta. Telah tiba masanya kini untuk kita pula menyambung perjuangan mereka dalam mengekalkan keamanan dan kemerdekaan negara. Kita juga perlu mempertahankan kedaulatan tanah air kita ini dengan sebaik mungkin agar anak-anak dan generasi seterusnya akan turut dapat mengecapi kebebasan seperti mana yang kita miliki sekarang. Janganlah nanti kita pula yang menjadi penyebab kehilangan kebebasan ini untuk dinikmati oleh generasi masa hadapan. Saya menyeru agar murid-murid sekalian dapat menghayati dan memahami erti kemerdekaan ini dengan penuh keinsafan. Hanya dengan cara ini sahaja, barulah anda semua mampu menggalas
9
tanggungjawab dalam menjadikan kemerdekaan ini milik kita selama-lamanya.
13. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Ke-53 kepada semua warga pendidik dan murid-murid di seluruh negara. Marilah kita sama-sama bersatu hati serta berusaha mengekalkan kemerdekaan ini demi kemakmuran dan kegemilangan negara, tanpa mengira kaum dan warna kulit, dan dengan semangat perpaduan yang jitu.
“1Malaysia: Menjana Transformasi”
“MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA”

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

 

Penafian:- Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768.

Hak Cipta © 2013, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam. Hakcipta Terpelihara..

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.